IKMAS PRIHATIN

Posted in Uncategorised

Alor Setar 25 Februari -  Kesusahan serta keperitan yang dialami oleh pelajar miskin dan anak yatim tidak dipandang sepi oleh pihak pengurusan IKM Alor Setar. Program IKMAS Prihatin merupakan satu inisiatif yang diambil bagi meringankan beban dan kesusahan pelajar tersebut. Melalui program tersebut pelajar yang terpilih menerima 3 keping kupon yang bernilai RM 4.00 setiap satu bagi membeli makanan dan minuman. Walaupun jumlah yang diberikan tidak seberapa namun kegembiraan dapat dilihat pada setiap wajah pelajar yang terpilih. Semoga program seperti ini akan terus dilaksanakan pada sesi-sesi berikutnya.

.

<iframe src="https://docs.google.com/spreadsheet/embeddedform?formkey=dFJJOGl6TlQ1dmRFa3R0cmd2YlpfWEE6MQ" width="760" height="1062" frameborder="0" marginheight="0" marginwidth="0">Loading...</iframe>

KEMUDAHAN

Posted in Uncategorised

Institut Kemahiran MARA Alor Setar menyediakan kemudahan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan semua. Antara kemudahan yang disediakan ialah:
  • Kolej kediaman - menyediakan penempatan bagi pelajar.
  • Surau - kemudahan surau yang berdekatan dengan blok akademik. (Masjid Ehsan berada berhampiran IKM Alor Setar)
  • WiFi - menyediakan prasarana jaringan jalur lebar yang disediakan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat pembelajaran.
  • Perpustakaan - menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dan bahan bacaan.
  • Koperasi - menjual barang-barang keperluan terutamanya alat tulis, kemudahan fotostat dan percetakan.
  • Kafeteria - menyediakan perkhidmatan makanan pada pelajar-pelajar.
  • Pengangkutan - 2 buah bas, 1 van & 1 pickup  IKM Alor Setar disediakan untuk kemudahan semua.

Dasar Keselamatan

Posted in Uncategorised

  • Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
  • Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi jabatan adalah dilarang.

  • Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.

  • Pengunjung adalah bertanggungjawab  sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.

  • Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam Laman Web Rasmi IKM Alor Setar mestilah mendapat kelulusan Pengarah.

  • Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke Laman Web Rasmi IKM Alor Setar atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Pengarah.

  • Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam Laman Web Rasmi IKM Alor Setar adalah dilarang.

  • Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.