IKMAS PRIHATIN

Posted in Uncategorised

Alor Setar 25 Februari -  Kesusahan serta keperitan yang dialami oleh pelajar miskin dan anak yatim tidak dipandang sepi oleh pihak pengurusan IKM Alor Setar. Program IKMAS Prihatin merupakan satu inisiatif yang diambil bagi meringankan beban dan kesusahan pelajar tersebut. Melalui program tersebut pelajar yang terpilih menerima 3 keping kupon yang bernilai RM 4.00 setiap satu bagi membeli makanan dan minuman. Walaupun jumlah yang diberikan tidak seberapa namun kegembiraan dapat dilihat pada setiap wajah pelajar yang terpilih. Semoga program seperti ini akan terus dilaksanakan pada sesi-sesi berikutnya.