PROGRAM DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT

PENGENALAN

Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk & Pengeluaran Perabot menawarkan pengajian melalui kaedah Product Base Education ( PBE), dimana kaedah pembelajaran menggunakan konsep baru. Pelajar akan dilatih dan dibimbing menjadi usahawan baru dalam bidang Industri Perabot. Pelajar akan mengikuti latihan berasaskan dunia perniagaan sebenar, serta kaedah pengajian yang ditawarkan adalah fleksibel iaitu (80%) amali dan teori (20%).

Program ini dijangka akan melahirkan Usahawan Perabot Bumiputera yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA berusaha untuk menambah bilangan Usahawan Bumiputera ke arah melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Berumur 18-40 Tahun
  • Warganegara Malaysia & Bumiputera
  • Sihat Tubuh Badan
  • Lulus Sijil IKM dalam bidang Perabot
  • atau
  • Lulus Sijil Profesional GIATMARA serta mempunyai pengalaman kerja 1 tahun dalam bidang pembuatan perabot
  • atau
  • Lulus Sijil Institut Kemahiran Awam dalam bidang perabot
  • atau
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengannya
  •  atau
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam industri pembuatan perabot.

 

 

KURSUS YANG DITAWARKAN

 

  • Computer Advance
  • Furniture Production
  • Furniture Costing and sale
  • Management Skills
  • Furniture Human Resource Technical
  • Business Mind Set
  • Business Development
  • Business Communication
  • Penghayatan Islam

 

 

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

 

  • Elaun Sara Hidup disediakan
  • Kemudahan makmal, mesin dan peralatan terkini
  • Penginapan asrama disediakan
  • Pendaftaran syarikat dan latihan pemasaran akan dibimbing oleh Mederator Usahawan
  • Kemudahan pinjaman perniagaan dan latihan keusahawanan

 

 

Senarai Usahawan UPF

Senarai Usahawan UPP