Utusan Pengarah
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web IKM Alor Setar, Kedah.
Dalam zaman teknologi maklumat, perkembangan pendidikan bergerak pantas seiring dengan era globalisasi. Ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan wujudnya portal yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidikan.
Laman web ini dijayakan dengan konsep yang bersifat interaktif, informatif dan mesra pengguna, selaras dengan keperluan masyarakat agar memberi maklumat terkini mengenai perkembangan IKM kepada semua.
InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak, laman ini akan dikemas kini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan pelajar dan pusat pengurusan pengetahuan.
Harapan saya agar laman web ini memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya pelajar IKM Alor Setar sendiri. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.
Akhir kata, selamat melayari laman web ini, semoga saluran alternatif ini akan lebih mantap dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
ENCIK ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD
PENGARAH IKM ALOR SETAR
PENGARAH IKM ALOR SETAR